Wednesday 29 June 2016

Bisnes sendiri - Marvelous Ikan Bilis

Salam semua.

Alhamdulillah...pejam celik pejam celik, dah setahun usia bisnes kecil2an iza. 

Syukur sgt....xsangka masih bertahan. Semoga mak & ayah iza diberi kesihatan yg baik sbb dieorg adalah tulang belakang biz ni.

Nak tau biz ape?

Jeng...jeng...jeng...

Iza jual lauk bilis "express". Mesti tertanya2 mcm mana rupanya kan?

Tadaaa

Lauk ni 100% homemade. Start dr kopek ikan bilis sampai la produk siap. Chefnye kompem la mak iza yang terer tu...Pn Azizah. Assistant dia yang setia adalah ayah iza...pakar kopek ikan bilis, En Mohmood.

Sebenarnya x terpikir pun iza nak buat bisnes tp memandangkan ayah iza dah x bekerja, iza nak membantu la serba sedikit. Tu yang terkeluar idea nak buat bisnes kecil2lan. Mak & ayah iza pun setuju. So, iza register company, pump in modal & buat marketing. Maka terhasillah produk kami yang diberi nama MARVELOUS IKAN BILIS BY IZA D LICIOUS dengan tagline, SODAP...PODEH...TERANGKEK...Alhamdulilah...

So far, customer iza mmg sgt puas hati dgn lauk bilis ni. Semua puji sedap. Almaklumlah, ada kasih syg mak & ayah dalam lauk tu. Iza boleh gerenti sesiapa yang dah mencuba lauk iza ni kompem jatuh cinta. Ceh...ceh...ceh...konfiden jer kan? Hahahaha.

Actually, ayah iza mmg sgt cerewet. Bagi dia, kita kena prepare & masak lauk ini mcm kita nak mkn sendiri. Cara menbuatnya kena teliti & bersih. Bahan2 pun kena yang kualiti. Jangan fikir nak untung jer. Tu sbb dia sanggup kopek ikan bilis sendiri...bersih katanya. Lagipun kalau kopek sendiri, ikan bilis tu akan sentiasa ranggup.

Buat sementara waktu ni lauk iza ada 4 flavor, mana tau coming soon boleh tambah lg kan...inshaAllah. Antara flavornya;

1. Blackpepper - Ikan bilis + bawang merah + bawang putih + halia + lada hitam, digoreng garing & kering (paling sesuai utk ibu yg sedang berpantang)


2. Hot & spicy - Ikan bilis + Pes cili padi, digoreng garing & kering.


3. Spicy - Ikan bilis + Pes cili kering, digoreng garing & kering.


4. Sambal goreng - Ikan bilis + Pes cili kering, sambal basah2

Setiap lauk ni mmg tahan up to 3 months sbb mmg proses memasak agak lama especially masa masak pes. Kalau nk buat travel mmg sgt sesuai sbb iza packing dlm zipper plastic bag. Selain daripada itu, lauk bilis ni jugak sgt fleksibel...korang boleh makan dgr apa saja...nak buat kudap2 pun boleh.


Sekiranya rakan2 blogger berminat nak order leh la ws iza di no 0126429350.

Jemput gak follow iza di FB: marvelousikanbilis
dan juga IG: marvelousikanbilis



No comments:

Post a Comment