Wednesday 29 June 2016

Salam Perkenalan

Salam semua

Blog lama dah bersarang & dah delete pun. Kita mulakan page baru la ya. Hopefully lepas ni iza rajin la update blog... 

Sempena bulan ramadhan yang mulia ni marilah kita tingkatkan amalan sbb pahala akan digandakan & berdoa byk2 moga dimakbulkan.


Rasa nk share something hari ni. Ini apa yang iza alami. Saja nak share :)
Selalunya apa yg kita fikirkan terbaik untuk kita tapi sebenarnya tidak...hanya Allah yang lebih mengetahui. Janganlah kita menyalahkan takdir, selalulah bersyukur. InshaAllah, segala dugaan yang dtg kita boleh hadapi. 


Awal perkahwinan, iza mmg akan elak pergi kenduri, balik kampung sbb iza xsuka mulut2 mereka yg agak celupar bertanyakan pasal "zuriat". Kerapkali air mata ni mengalir..kadang2 iza akan menangis sampai bengkak mata. Nasib baik suami iza amat memahami, dia selalu bagi support. Dia selalu kata, iza x perlu salahkan diri iza...x semestinya bila kami xda zuriat puncanya dari iza, mungkin punca dari dia. Hanya Allah yang Maha mengetahui. Rasa terpujuk bila suami kata begitu. 

Tahun berganti tahun, iza dah makin lali dgn pertanyaan2 keramat tu. Tapi x dinafikan, ada masa2 mengalir gak air mata. Manusia kan...sekuat mana pun dia, ada masa tewas gak dengan perasaan sendiri. 

Bila terlampau sedih, iza akan muhasabah diri. Walaupun Allah belum makbulkan doa iza untuk mempunyai zuriat, tapi Allah kurniakan seorang suami yang memahami, keluarga mertua & keluarga iza yang supportive & kawan2 yang selalu bg kata2 semangat saat iza sedih...terima kasih Allah. Aku bersyukur dgn nikmat yang engkau kurniakan. 

Selalunya kita sebagai hamba kerap nak salahkan takdir atas setiap apa yg terjadi. Tapi kite lupa, ada benda lain yang Allah dah beri tapi kite x nampak. Tu sbb pentingnya bersyukur :)


Di saat kami hampir putus asa saat mendengar keputusan dari pakar gynea, Allah kurniakan kami anugerah yang tidak ternilai...Muhd Aqeel Hadif. Kehadiran dia dlm hidup kami melengkapkan kekurangan kami. Terasa kami sempurna. Impian menjadi ibu & ayah menjadi nyata. Alhamdulillah... :) Semoga aqeel menjadi anak yang soleh & sayangkan kami sehingga akhir hayat kami...Ameen...


No comments:

Post a Comment